Aku No Hana Quotes

We've searched our database for all the quotes and captions related to Aku No Hana. Here they are! All 8 of them:

Aku selalu percaya, dalam apa jua konversasi pun; pentingnya komunikasi dalam emosi yang stabil untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas.
Hana Ahmad
haruskah aku terus berpaut di dahan yang rapuh itu, sedangkan kelopak dedaun sedang berguguran?
Shahzy Hana
Sekiranya pembaca itu punya satu tanggungjawab yang perlu dihalusi, apakah penulis itu bebas untuk meloretkan setiap tinta diatas sehelai kertas putih dengan coretan yang penuh noda? Hidup ini pinjaman. Sesuatu yg dipinjam harus dipulangkan. Lalu, tegakah memulangkan sesuatu yg sgt sempurna dengan cacat yg sudah tercela? Aku pilih untuk berdiam kerana manusia itu kerap menghukum tanpa ada simpati....-sHana
Shahzy Hana
andai aku tidak mampu bersandar diperdu hati, mampukah aku berpaut pada kata yang terlafaz?
Shahzy Hana
Jannah, Izinkan aku terus mendoakan kebahagiaanmu. Izinkan aku terus menyayangi dirimu. Aku tahu, aku bukan sesiapa dalam kehidupanmu. Tapi, ketahuilah, dirimu adalah segalanya buatku. Jannah, demi Allah, aku mencintaimu kerana Dia yang memilih. - Ethan
Shahzy Hana
Aku sedang melalui lorong itu. Tenang dan mendamaikan. Tanpa ada persimpangan yang bisa menbuatkan akalku bersiur. Namun mengapa jiwa ini terasa kosong dan hati ini tidak lagi merasa bahagia? Lalu aku berhenti. Memandang pada hamparan anugerah Ilahi yang sedang memayungiku. Indah. Bagaikan lukisan abstrak yang tiada bandingnya. Dan hati ini berdetik. Lorong yg tiada persimpangan seumpama kehidupan tanpa ujian dan liku. Bisu dan kaku. Tanpa makna yang tersingkap. Tanpa rasa yang menggambarkan maksud hati. Lalu apakah ini yang aku inginkan kala akal mula mencerakin adakah ini makna kehidupan sebenar? Percayalah walaupun jiwa dan hati ini retak seribu, cantuman itu bisa menampakkan parut ianya lebih bermakna dan bahagia dari hidup tanpa rasa- shahzyH
Shahzy Hana
gumpalan awan yang memutih didada langit itu adalah lambang kesucian bisakah aku jadikan ukuran keikhlasan pada kasih yang terlafaz?
Shahzy Hana
andainya masa dijadikan ukuran pada kasih yang tertambat mampukah setia aku jadikan sandaran pada janji yang terpatri? -shahzyH
Shahzy Hana