“
Telah berkata Muhammad bin Sirin: Dua orang lelaki telah bersengketa mengenai sepotong tanah, lalu Allah mewahyukan kepada bumi itu supaya berbicara kepada kedua-duanya. Maka bumi pun berkata kepada mereka: Wahai kalian yang bodoh! Sebenarnya aku sebelum kalian berdua telah dimiliki oleh seribu orang yang cacat matanya, apatah lagi oleh orang-orang yang celek dan sihat seperti kamu berdua ini.
”
”