Kesilapan Quotes

We've searched our database for all the quotes and captions related to Kesilapan. Here they are! All 8 of them:

Sesungguhnya suatu kesilapan walaupun besar sekalipun, ia tidak akan menutup pintu harapan dan rahmat.
Najib Kailani (Syurga Bayangan)
Hanya si bijak yang akan berguru dari kesilapan dan amarahnya cuba diteduhkan dengan akal
Marsli N.O (Kumpulan Puisi: Mencari Nur)
Kaedah atau amalan atau cara ini mungkin tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang Islam sekarang ini yang mengamalkan Islam luaran sahaja oleh kerana kebanyakan hadis Rasulullah tentang hakikat Rasulullah dianggap oleh mereka sebagai merendahkan kemutlakan Tuhan atau ditohmahkan ia muncul hasil dari rekaan musuh-musuh Islam. Kita fikirkan bahawa, disebabkan beberapa kesilapan, ketidakbiasaan dengan hadis yang sebegini rupa dan fahaman yang bersifat esoterik itu biasanya tidak dibawa ke dalam semua rangkaian rantai penyampaian hadis itulah yang menyebabkan penolakan dan kecurigaan ini. Ini juga berpunca dari minda moden yang gagal memahami makna yang tersirat di dalam fahaman Sufi tentang konsep penciptaan, yang mana tidak pernah dipelajari atau didedahkan kepada minda orang Islam moden lalu menyababkan kegagalan mereka untuk menghargainya. Mereka tidak pernah terjumpa dengan fahaman yang sebegini rupa di dalam silibus falsafah dan sastera di dalam institusi pembelajaran moden atau di dalam sistem pembelajaran amnya.
Baharudin Ahmad (Al-Qasidah Al-Maymunah)
Sesungguhnya adalah suatu kesilapan jika kita menyandarkan kalimah salaf ini sebagai suatu istilah baru kerana terpaksa berhadapan dengan sejarah syariah dan aliran pemikiran Islam yang sentiasa berkembang. Istilah yang dimaksudkan itu ialah as-Salafiah yang dijadikan sebagai nama tempat bernaung bagi jemaah tertentu dari kalangan umat Islam. Nama itu mereka berikan kefahaman tertentu dan kemudian menyelitkannya dengan falsafah yang agak menonjol. Secara tidak langsung jemaah ini nampaknya mengisytiharkan persepakatan mereka itu sebagai sebuah jemaah Islam baru yang berdiri di antara pelbagai jemaah-jemaah Islam lain yang saling bercanggahan antara satu sama lain di zaman ini. Jemaah ini agak istimewa kerana teori-teori dan penonjolan yang mereka timbulkan. Tetapi sayangnya kerana keperibadian dan pertimbangan diri mereka itu agak berbeza seperti yang ditunjuk dan diajar oleh golongan salaf terdahulu.
محمد سعيد رمضان البوطي (As-Salafiah: Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam)
Setidak-tidaknya, apa-apa buku baru (yang ditulis) hendaklah mengambil kira salah satu dari tujuh perkara berikut: Melakukan pembaharuan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa (penulis yang lain), menyempurnakan (tatmim) apa yang kurang dalam sesuatu penulisan, menerangkan (sharh) sesuatu penulisan yang tidak jelas, meringkaskan (talkhis) perbincangan yang bercabang-cabang, menyusun (tartib) mana-mana penulisan yang tidak teratur, menghimpunkan (jam’u) penulisan yang berselerak atau membetulkan (tashih) kesilapan sesebuah penulisan.
Shams al-Din al-Babuli
Gagal bukan beerti kita sudah gagal selamanya. Kita perlu bangkit dan tidak ulangi kesalahan dan kesilapan yang lalu, lupakan kisah sedih, mulakan hidup baru dan terus membina keyakinan dan kekuatan dalam diri.
simpleshida
Mohon kemaafan atas segala kesilapan lampau. :'( :'(
mubarakfuri
Mohon kemaafan atas segala kesilapan lampau. :'( :'(
mubarakfuri